Main Page

Khamis, 22 Oktober 2009

5 S!f@t wAniTa p@l!nG diB3nCi Lel@k!

Memang diakui manusia tidak sempurna dan mempunyai banyak kelemahan. Namun ketidaksempurnaan itu boleh dikurangkan jika anda bijak untuk mengawalnya. Apa yang penting, jangan jadikan segala ketidaksempurnaan dan kelemahan yang ada di dalam diri anda, sebagai punca perbalahan dengan pasangan.

Sebagai wanita, anda perlu bijak menarik perhatian si dia dan jangan sekali-kali menunjukkan sikap buruk anda di hadapannya. Tidak kisahlah jika anda dilabel hipokrit oleh teman-teman lain asalkan anda terus mendapat tempat di hati si dia. Ini kerana kebanyakan lelaki apabila ditanya apa yang membuatkan mereka tidak selesa dengan wanita, jawapannya adalah sifat buruk yang hampir dimiliki oleh semua wanita.

Berikut adalah antara sifat buruk wanita yang menjadi kebencian lelaki. Andainya ada di antara anda yang memiliki sifat-sifat yang disenaraikan ini, segeralah berubah sekiranya anda tidak mahu kehilangan insan tersayang.

1. Tidak Puas
Walaupun lelaki memiliki sifat tidak pernah puas, namun berdasarkan kajian yang dilakukan, wanita lebih sukar untuk dipuaskan di dalam apa jua aspek.

Mereka tidak pernah puas dengan apa sahaja yang diberikan oleh lelaki termasuklah layanan di ranjang. Wanita juga dikatakan sukar untuk menahan diri daripada mahu memiliki sesuatu yang sempurna.

Malah mereka sanggup merayu-rayu sehingga kehilangan harga diri asalkan apa yang mereka hajati diperolehi. Sikap sebegini amat menjengkelkan lelaki kerana kebanyakan lelaki sukakan wanita yang sentiasa menghargai dan berterima kasih dengan apa sahaja pemberian.

2. Mata Duitan
Sangat menipu jika wanita sedikitpun tidak tertarik dengan wang. Ini kerana lelaki akan tertarik dengan wanita disebabkan oleh tarikan seks manakala wanita tertarik dengan lelaki disebabkan oleh dorongan wang dan kemewahan.

Wanita yang mempunyai sikap mata duitan yang keterlaluan, kebanyakannya sukar untuk mendapatkan cinta yang sejati. Ini kerana tidak ramai lelaki yang sanggup melayan kehendaknya.

3. Suka Mengatur
Tidak dinafikan semua wanita di dunia ini mengharapkan Prince Charming di dalam hidup mereka. Namun bukan semua wanita berpeluang untuk memilikinya. Oleh sebab itu, ramai wanita yang mula mengatur teman lelaki mereka agar menjadi seperti lelaki idaman yang mereka mahukan.

Mereka tidak sedar sikap sebegitu bukan dapat menambah baik hubungan yang terjalin sebaliknya hanya akan membinasakan. Ini kerana lelaki lebih gemar jika diri mereka diterima seadanya.

4. Cemburu Buta
Ada orang berpendapat cemburu tandanya sayang. Namun sikap cemburu yang keterlaluan hanya akan membuatkan lelaki rasa terkongkong serta tidak dipercayai.

Ini kerana ramai wanita yang cemburu berlebih-lebihan semata-mata untuk mendapatkan perhatian daripada insan tersayang. Apatah lagi jika teman lelakinya boleh dikategorikan sebagai kacak dan mempunyai kerjaya yang teguh.

Kepada wanita yang mempunyai sikap sebegini, segeralah berubah kerana teman lelaki anda tidak akan mampu bertahan selamanya dengan sikap anda yang sebegitu.

5. Emosional
Wanita sering menjadikan air mata sebagai senjata untuk melembutkan hati lelaki. Malah ketika berdepan dengan sebarang masalah, wanita sering emosional tanpa memikirkan sesuatu secara logik.

Apabila ditegur, mudah melenting dan sukar untuk menerima sebarang pandangan yang diutarakan oleh orang lain. Wanita juga selalu tersinggung dan terasa untuk perkara yang tidak perlu.

Sikap wanita yang sebegini hanya merimaskan lelaki dan akhirnya menjauhkan diri daripada mereka.

Sabtu, 3 Oktober 2009

7 Alasan Si Tampan Masih Single

Kalau diperhatikan daripada segi penampilan dan paras wajah, pasti semua wanita menyangka si dia sudah berpunya. Tetapi jangan mudah terpedaya kerana pada zaman ini terdapat ramai lelaki yang boleh dikategorikan sebagai kacak bergaya tetapi masih single.

Ramai wanita yang tertanya-tanya mengapa golongan sebegini selesa menjalani kehidupan solo tanpa seorang insan bernama kekasih di sisi. Mungkinkah mereka ini lelaki normal atau sebaliknya?

Untuk melunaskan segala pertanyaan tersebut, kini didedahkan tujuh alasan mengapa lelaki kacak masih single walaupun kehidupan yang mereka lalui serba sempurna.

1. Jual mahal
Selalunya lelaki kacak agak jual mahal berbanding lelaki yang 'biasa-biasa' sahaja. Walaupun kadang kala di dalam hati mereka menyukai akan seseorang wanita itu, namun kerana perasaan jual mahal yang terlalu menebal, mereka terpaksa melepaskannya.

Keegoan mereka yang agak tinggi menyebabkan mereka sentiasa berfikir bahawa diri mereka digilai oleh ramai wanita. Oleh itu mereka menunggu wanita terbaik mendekati mereka. Sebaliknya wanita yang 'biasa-biasa' sahaja, bukan menjadi pilihan mereka.

2. Persepsi sukar didekati
Wanita selalu berfikir bahawa lelaki yang kacak sukar untuk didekati. Apatah lagi untuk dijadikan pasangan. Kononnya lelaki sebegini mempunyai ramai peminat dan pasti tidak akan memandang wanita seperti mereka.

Namun hakikat yang sebenarnya, mereka juga sama seperti lelaki lain yang suka bersosial dan didekati oleh golongan wanita. Apabila wanita berfikiran sebegitu, maka semakin tinggilah risiko untuk lelaki kacak terus single sampai ke tua.

3. ‘Maintenance’ tinggi
Ramai juga yang menganggap lelaki kacak selalunya memerlukan ‘maintenance’ tinggi setiap bulan. Maklumlah semuanya perlu diijaga rapi termasuklah pakaian berjenama, minyak wangi, kasut dan jam tangan. Apatah lagi produk lelaki semuanya mahal-mahal belaka hingga boleh mencecah sehingga ribuan ringit.

Oleh kerana itu, wanita sederhana jarang mahu memilih lelaki sebegini untuk dijadikan pasangan kerana mereka berasakan tidak berkemampuan untuk bergerak seiring. Namun mereka tidak sedar, tanggapan itu adakalanya tidak benar kerana ramai lelaki kacak yang sukakan sesuatu yang natural, ringkas, asli dan selesa. Oleh itu, ubah persepsi anda supaya tidak ramai lelaki kacak yang terus hidup solo.

4. Serik dikecewakan
Ada juga lelaki tampan yang memilih kehidupan solo kerana serik dengan pengalaman pahit yang mereka pernah lalui sebelum ini. Pengalaman dikecewakan oleh wanita menyebabkan mereka menjadi terlalu pemilih.

Walaupun banyak wanita yang menagih cinta mereka, namun dia sentiasa mengambil sikap berhati-hati kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali. Baginya dia tidak perlu mempersiakan hidupnya hanya kerana seorang wanita. Hanya wanita yang bijak mengambil hati dan tahu menghargai dirinya mampu melembutkan jiwa lelaki kacak yang semakin keras untuk menikmati cinta.

5. Terlalu memilih
Lelaki kacak selalunya hanya akan memilih wanita yang cantik untuk dijadikan kekasih atau pasangan hidup. Sikap terlalu pemilih yang diamalkan oleh golongan lelaki sebegini menyebabkan wanita bosan berdampingan dengan mereka. Akibatnya dia terpaksa menjalani kehidupan sendirian kerana merasakan belum menemui wanita yang benar-benar sempurna di matanya.

6. Terlalu banyak pilihan
Selain terlalu memilih, terlalu banyak pilihan di depan mata juga menyebabkan lelaki kacak sukar untuk membuat pilihan. Setiap wanita yang ada di hadapannya mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. Namun dia hanya boleh memilih satu daripada sekian banyak pilihan yang ada.

Untuk mengelakkan ada pihak yang berkecil hati, akhirnya lelaki kacak terpaksa menolak kesemua wanita yang hadir dalam hidupnya. Akibatnya, jadilah dia lelaki kacak yang terus single hingga ke hari ini.

7. Berkerjaya
Terlalu sibuk dengan kerjaya adakalanya membuatkan lelaki kacak terlupa untuk mencari cinta. Ini kerana lelaki tampan selalu merasakan mereka mampu untuk mendapatkan cinta pada bila-bila masa.

Oleh kerana itulah, cinta selalu menjadi nombor dua dalam hidup mereka. Namun mereka tidak sedar, usia yang semakin meningkat menyebabkan mereka sukar untuk mencari teman wanita. Apabila merasakan sudah terlewat untuk mereka mencari pasangan hidup, akhirnya mereka memilih untuk hidp bersendirian sehingga ke akhir usia.