Selasa, 20 April 2010
Jom Minum Air Putih
Mungkin ramai yang terlepas pandang kebaikan minum air putih.Tahukah anda semua air putih mempunyai banyak khasiat dan mampu menyembuh penyakit dengan cara yang mudah dan murah. Minum air putih sebanyak lapan gelas sehari dapat mengekalkan kesihatan tubuh badan kita.
Berikut lapan sebab yang ingin kongsikan kepada anda semua tentang kebaikan minum air putih.
1. Menguruskan badanKhabar gembira buat para wanita yang tengah berdiet. Air putih tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita.
2. Meningkatkan kesuburanAir putih dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.
3. Melancarkan sistem pencernaanMinum air putih dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.
4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser Air putih bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.
5. Perawatan kecantikan Kekurangan pengambilan air putih menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkerut.
6. Tubuh lebih segar dan sihatKhasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.
7. Menyihatkan jantungAir putih juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air putih.
8. Ubat kepada penyakit strokAir putih tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.
Ahad, 11 April 2010
Hati Yang Kau Sakiti
jangan pernah katakan bahwa
cintamu hanya untukku
karna kini kau telah membaginya
maafkan bila memang kini
harus kutinggalkan dirimu
karna hatiku selalu kau lukai
tak ada lagi yang bisa ku lakukan tanpamu
ku hanya bisa mengatakan apa yang ku rasa
ku menangis membayangkan
betapa kejamnya dirimu atas diriku
kau duakan cinta ini
kau pergi bersamanya
ku menangis melepaskan
kepergian dirimu dari sisi hidupku
harus slalu kau tahu
aku lah hati yang telah kau sakiti
ku menangis
harus slalu kau tahu
aku lah hati yang telah kau sakiti
Jumaat, 2 April 2010
LoV3 vs FrIeNdsHIp
masa sem 1@ 2 kot (lupa daaa..)
kami mmg rapat
dia pon jenis yg sporting
kebetulan classmate lak 2
tapi
kenapa 1st year thn nie
aku cam rasa cam syg je kat dia
aku mmg suka kat dia
caring,baik,mulut kepoh gak la
tp hati dia baik
aku x tahu adakah ini Love or friensdship
HELLP ME!!!!
Sabtu, 27 Mac 2010
Sajak Persahabatan
Gempita kehidupan usai sudah
Derik-derik nafas yang mendesah
Anak-anak manusia yang lelah
Telah sepanjang ini jalan yang kami lalui
Suka ,duka dan derita mengiringi langkah kami
Tangan terkait, selangkah, sehati
Tertopang kuat hadirat Ilahi
Walau ada sesak yang datang menderu
Juga prahara yang datang tiba-tiba
Satu persatu menghempaskan kami menjadi puing reruntuhan
Mencerai kami menjadi bagian-bagian nista dunia
Air mata membuncah di sela kepalsuan dan kebohongan
Ledekan tawa masam dan godaan
Iri hati dan keinginan
Tetapi lihatlah hai jauh di ujung sana!
Ketika fajar itu gemilang
Ketika riak tawa anak manusia terbangun setelah tidur panjang
Ketika cahaya surga turun menaungi kami
Betapa dalam kesan perjalanan ini
Ketika kita bersama berdiri, jatuh namun bangkit kembali
Kita tahu kita kuat
Kita satu...
Karena Bapa dan Kristus yang Satu
Berada di hati ini selalu!
~fwenz4ever~
blog nie menjadi sasaran aku skang
sedih
pabila kau menytakan semester ini yang terakhir berada di KITAB
aku x tahu nk kata apa
dlm hati aku
biarlah Allah sahaja yang mengetahuinya
aku berasa sedih sgt
mungkin kerana kau kwn baik aku
tapi apa kn daya itu keputusan yg telah kau buat
bkn aku x berani mencampuri urusan kau
tetapi keputusan ini adalah hak kau
kalau itu adalah terbaik utk kau
aku xkn menghalang
apa pon yg kau buat
aku akan terus berada disisimu wahai sahabatku
takdir
aku percaya pada takdir
benar kata org
" setiap persahabatan pasti ada perpisahan"
andai takdir menentukan segalanya
aku PASTI
kita akan bertemu lagi
INSYAALLAH
kawan
thankz N coz menjadi kwn baik aku
aku xkn sia2 kn persahabatan yg telah lama kita binakan ini
wlpn penuh dengan cabaran
aku xkn lupa saat kita bersama
~FWENZ4EVERABADIESELAMANYA~
Rabu, 17 Mac 2010
~KELEBIHAN SURAH SURAH PENDEK~
Jumaat, 26 Februari 2010
Selasa, 16 Februari 2010
~new semester at KITAB~
lme x update blog....
hehehe...
cowie sgt2..
baru ada ms nk posting citer2 br...
huhuhu....
ermmm...
semester kat KITAB br saje bermula....
Insyaallah jika diizin oleh Allah....
aku berharap dpt meneruskan pengajian aku smpi abis....
aminnnn...
subjek yg ditawarkan kpd aku ialah:-
~ fiqh al-jinayat
~al-mantiq
~english 4 legal purpose
tengok pada subjek kat atas cam rasa seram jer...
br 1st day kelas arinie....
lepas nie xtaw lg camne...
ermmmm....
aku harap Allah permudahkan kehidupan aku....
Aminnn....
~wassalam~
Khamis, 4 Februari 2010
aku dh ade facebook...
zimie_sagittarius89@yahoo.com...
t add k...
p/s: facebook dh lme wat tp skang br nk promote (bz pnye pasal).....hehehehehe
Rabu, 3 Februari 2010
Syeikh al-Mutawalli Sya'rowi: Kealiman Yang Dikagumi, Kematian Yang Ditangisi.
Beliau menghabiskan hidupnya dengan memperjuangkan kalimah Allah SWT, menerangkan Islam dengan kefahaman yang sahih, menafsirkan al-Quran dengan uslub yang tiada bandingnya hingga mampu menarik Pendengar. Beliau telah mendapat syahadah Tertinggi Gambar dari kuliah Lughah Arabiah pada tahun 1941 M dan Syahadah 'dengan kebenaran Alimiyyah mengajar pada tahun 1943.
Umat Islam hari ini terkejut dan tersentak apabila seorang Imam yang digelar Sehingga memperjuangkan Islam Sebagai "Lampu Kebenaran" telah meninggal dunia berurnur Ketika 87 tahun. Beliau adalah Syeikh al-Mutawalli Sya'rowi yang dilahirkan pada 19 April 1911 M di Mayyit Ghemar, Daqohliah.
Beliau menghabiskan hidupnya dengan memperjuangkan kalimah Allah SWT, menerangkan Islam dengan kefahaman yang sahih, menafsirkan al-Quran dengan uslub yang tiada bandingnya hingga mampu menarik Pendengar. Beliau telah mendapat syahadah Tertinggi Gambar dari kuliah Lughah Arabiah pada tahun 1941 M dan Syahadah 'dengan kebenaran Alimiyyah mengajar pada tahun 1943.
Syeikh al-Mutawalli Sya'rowi pernah berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Ma'ahad Dini Tanta, Ma'ahad Iskandariah dan Ma'ahad Zaqaziq, seterusnya dipanggil oleh kerajaan Arab Saudi untuk mengajar di sana pada tahun 1950. Beliau berhijrah ke Universiti al-Malik Abdul Aziz al-Mukarramah sebagai pensyarah di Kuliah Syariah selama 10 tahun. Kemudian, dilantik sebagai Timbalan Mudir di Ma'ahad Tanta pada 1960 dan akhirnya dinaikkan pangkat sehingga menjadi Menteri Waqaf dan Kementerian Hal Ehwal Azhar pada tahun 1976. Beliau juga Merupakan ahli Majma 'Bu'uth al-Islamiyyah, anggota Majlis Syura dan juga Majma' Lughah 'Arabiyyah.
Sejak kecil lagi beliau dikenali dengan nama as-Syeikh al-Amin (yang amanah) dan pernah dipenjara Ketika baginda Menuntut di Ma'had Zaqaziq selama sebulan akibat mengadakan sambutan sempena mengingati Saad Zaghlul, seorang ulama al-Azhar yang pada Ketika itu berjuang menentang kerajaan .
HIKMAH ANUGERAH ALLAH
Beliau telah dikurniakan oleh Allah SWT dengan ilmu yang tinggi, ingatan yang kuat serta Peribadi yang sempurna. Sewaktu beliau menjawat Menteri Waqaf Mesir, seorang doktor pernah berkata: "Aku himbang apabila kamu menjawat Jawatan ini, ia akan menyibukkan kamu dalam banyak perkara". Syeikh lalu Sya'rowi Menyatakan: "bertenang! Sesungguknya mereka (kesibukan) tidak akan dapat menewaskan aku."
Syeikh Sya'rowi menjadi Menteri Waqaf Mesir selama 2 tahun, walaupun demikian, Jawatan tersebut tidak mengubah pendiriannya sedikitpun. Merupakan beliau seorang yang amat pemurah dan menafqahkan gaji yang diperolehi kepada pelajar-pelajar dan orang-orang faqir. Beliau juga amat cinta kepada kaum keluarga Nabi SAW. Gemar lebih beliau tinggal berhampiran dengan kawasan Hussain dan Sentiasa menziarahi maqam Saiyyidah Sentiasa MENGHADIRI Nafisah serta majlis sambutan Maulidur Rasul di perkarangan Masjid Hussain.
Merupakan Sya'rowi Syeikh juga seorang peniaga yang berjaya. Salah seorang anaknya, Ahmad berkata bahawa ayahnya telah mengkhaskan gaji kepada Beberapa orang penduduk yang tinggal di Kaherah, Tanta dan Doqdus (kampung beliau). Mengkhaskan bayaran beliau juga ceramah di radio-radio dan Televisyen serta tulisan-tulisan dalam Akhbar-Akhbar dan majalah-majalah untuk Kebajikan. Wang 250 juta Pound Mesir (lebih kurang 73 juta Us Dollar) yang Merupakan hadiah daripada Raja Dubai telah didermakan sebanyak 500,000 Junaih (lebih kurang 146.000 Kami Dollar) kepada pelajar-pelajar al-Azhar dan yang selebihnya telah didermakan kepada Kementerian Waqaf bagi diedarkan kepada penghafaz -penghafaz al-Quran.
SAAT KEMATIAN
Sebelum Syeikh Sya'rawi rneninggal dunia, beliau mengalami kesakitan pada dadanya yang parah menyebabkan beliau tidak mampu untuk hernafas dengan baik dan sakit tulang. Anak saudaranya yang bernama Hajah Suad Menyatakan bahawa sewaktu hampir jam kematian, beliau cuba untuk bangun dan berteriak dengan suara yang jelas sehingga didengari oleh orang yang berada di sekelilingnya, "Selamat datang wahai Husain! Anda telah datang berjumpa aku sendiri, aku gcmbira dengan kedatanganmu" . Kemudiannya, beliau melafazkan ucapan hamdallah lalu menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Jenazah beliau telah dikebumikan di kampungnya iaitu Doqdus berdasarkan wasiat beliau sendiri. Jenazahnya telah dihawa oleh anak-anak muridnya, penduduk kampung serta semua pencinta beliau. Hampir sejuta orang telah MENGHADIRI pengkebumian baginda.
Rabu, 13 Januari 2010
si R
si R..
kenapa aku tulis R sahaja....
ini kerana R xde kena mengena dengan yg hidup @ yg telah meniggal dunia
kerana R aku bermasam muka dgn N
N dh berjanji xnk dekati R lg....
tp kenapa semalam dia mendampingi R...
aku sakit hati skali semalam...
aku langsung x bercakap dgn dia...
aku sayang kat dia...
tetapi camni dia wat kat aku
ntah kenapa blog juga menjadi sasaran luahan hati aku...
aku x berupaya utk luahkan kepada sesiapa...
andai takdir menentukan segalanya
aku redha
~wassalam~
Selasa, 5 Januari 2010
Wajib Buat Ketika Bercinta
Di dalam dunia ini, semua perkara yang kita lakukan haruslah mengikut undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan. Begitu juga di alam percintaan. Semua pasangan perlu mengikut peraturan-peraturan tertentu agar perhubungan yang terjalin tidak dipandang serong oleh segelintir masyarakat.
Dengan peraturan itu juga, kamu sebenarnya mampu mengecapi kebahagiaan. Apa yang penting, kamu dan pasangan sentiasa ikhlas ketika menjalinkan perhubungan dan tahu batas-batasnya.
Jika masih ada pasangan yang belum mengerti, apa kata kamu ikuti beberapa tip di bawah tentang perkara-perkara yang wajib kamu lakukan ketika bercinta bagi memastikan percintaan yang terjalin akan berakhir dengan kebahagiaan.
1. Sayangi dengan hati bukan perasaan
Jika kamu meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya pasti tidak akan bertahan lama. Ini kerana perasaan manusia tidak pernah mampu bertahan lama dan sentiasa berubah mengikut keadaan, masa dan situasi. Sebab itu, sebagai jalan terbaik, kamu mesti menyayangi si dia dengan ikhlas dan sepenuh hati.
Ini kerana jika kamu meletakkan perhubungan kamu berdasarkan hati, maka dari hati jugalah akan lahirnya cinta dan sayang yang kekal abadi untuk anda serta pasangan selama-lamanya.
2. Terima seadanya
Kamu harus akur tiada seorang pun di dunia ini yang sempurna segala-galanya. Oleh sebab itu, kamu harus menerima si dia seadanya dan terima segala kekurangan serta kelemahannya.
Walaupun mempunyai kelemahan, seharusnya kamu menganggapnya sebagai insan paling istimewa dalam hidupmu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah si dia mengikut kehendak kamu. Ini kerana sekali kamu berjaya mengubahnya, kamu akan terus berusaha untuk mengubahnya sehingga kamu merasakan si dia benar-benar sempurna di matamu.
Tentu kamu masih ingat bagaimana kamu boleh jatuh cinta padanya, sudah tentu kerana dia adalah dirinya dan perkara itulah yang perlu kamu pertahankan. Jika kamu terus selesa dengan apa yang ada padanya, si dia sudah tentu lebih cinta kepada kamu.
3. Hargai pengorbanannya
Si dia tentu telah banyak berkorban demi mempertahankan percintaan yang terjalin. Oleh sebab itu, kamu perlu menghargai segala pengorbanannya dan jangan sekali-kali pernah terfikir untuk mempermainkan hati dan perasaannya.
Jika kamu bijak menghargai segala pengorbanan yang telah dilakukannya, tidak mustahil si dia sanggup melakukan apa sahaja untuk kamu demi untuk melihat kamu tersenyum setiap hari.
4. Hormati pendiriannya
Sikap saling hormat-menghormati antara satu sama lain menjadikan hubungan cinta yang terjalin lebih bermakna dan romantis. Jika si dia masih belum dapat menerima cinta kamu sepenuhnya, jangan sekali-kali mendesak atau memaksanya.
Sikap kamu yang suka memaksa dan mendesak membuatkannya cepat bosan dan akhirnya akan pergi meninggalkan kamu. Jalan terbaik, hormatilah pendiriannya dan berikannya masa untuk memikirkan tentang perhubungan yang terjalin.
Sebaliknya, sikap kamu yang memahami dan sentiasa menghormati pendiriannya sedikit sebanyak sudah pasti akan menarik perhatiannya. Oleh itu, berikannya masa. Bak kata pepatah, jika sudah sememangnya jodoh anda bersamanya, pasti tidak akan ke mana-mana.
5. Yakin pada keistimewaannya
Setiap individu pastinya mengimpikan seorang pasangan yang bukan sahaja sempurna malah punya keistimewaan yang tersendiri. Jika pasangan kamu seorang yang tampan, bijak, kaya dan berkerjaya bagus, itu tentunya satu bonus buat anda.
Jika pasangan anda seorang yang sederhana, yakinlah pada keistimewaan lain yang dimilikinya. Jangan sekali-kali merendah-rendahkan dirinya. Apa yang penting si dia mencintai kamu sepenuh hati dan sanggup melakukan apa sahaja demi melihat kamu gembira.
6. Jangan berprasangka
Sikap wanita yang terlalu suka berprasangka buruk terhadap lelaki sering menjadi alasan mengapa lelaki suka mencari wanita lain di dalam hidupnya. Ini kerana sikap suka berprasangka hanya akan memburukkan perhubungan yang terjalin.
Jalan terbaik, kamu memberikannya peluang untuk memberi penjelasan dan percayalah kepada kata-katanya. Jika kamu masih ragu-ragu, selidikinya dengan cara yang paling terpuji dan cuba letakkan diri kamu di dalam situasi yang sedang dihadapinya.
Sikap kamu yang sentiasa memberikannya peluang untuk menyatakan perkara sebenar sudah pasti amat dihargainya. Sekaligus peluang untuk kamu menjalinkan hubungan cinta dengan lebih bermakna, terbentang luas di hadapanmu.
7. Sayanginya setiap hari
Usah sesekali kamu berjanji untuk mencintai dan menyayangi si dia buat selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi kamu mungkin akan berakhir keesokan harinya.
Cubalah berjanji untuk menyayangi dirinya setiap hari dan cuba jadikan setiap hari itu adalah hari terakhir untuk kamu berdua. Cuba lakukannya dan pastinya kehidupan intim kamu dan pasangan akan berubah ceria. Ini kerana setiap hari kamu akan saling menyayangi antara satu sama lain.
8. Capai persefahaman
Kata orang, perkara yang paling penting dalam kehidupan berpasangan adalah sikap saling memahami antara satu sama lain. Oleh sebab itu cubalah berusaha untuk mencapai persefahaman. Harus diingat rasa persefahaman itu perlu dipupuk dan ianya tidak lahir secara semulajadi.
Paling baik jika kamu bukan sahaja memahami tetapi turut sama di dalam aktiviti-aktiviti yang gemar dilakukannya. Dengan ini, perhubungan yang terjalin akan menjadi lebih erat dan mampu untuk bertahan selamanya.
9. Jangan cepat berbangga
Berjaya memilikinya bukan satu tiket untuk anda berbangga atau bermegah-megah. Anda hanya boleh berbangga jika perhubungan yang terjalin itu berjaya anda jaga sehingga ke akhir hayat anda.
Ini kerana tiada seorang pasangan pun yang gemar memiliki pasangan yang suka berbangga dengan kejayaan yang dimiliki. Oleh sebab itu, sentiasalah bersederhana dan jadikan kehidupan anda berdua sama seperti kebanyakan pasangan lain yang ada di luar sana.
10. Sentiasa bersyukur
Walaupun lelaki memiliki sifat tidak pernah puas, namun berdasarkan kajian yang dilakukan, wanita lebih sukar untuk dipuaskan di dalam apa jua aspek.
Mereka tidak pernah puas dengan apa sahaja yang diberikan oleh lelaki termasuklah layanan di ranjang. Wanita juga dikatakan sukar untuk menahan diri daripada mahu memiliki sesuatu yang sempurna.
Adakalanya mereka sanggup merayu-rayu asalkan apa yang mereka hajati diperolehi. Sikap sebegini amat menjengkelkan lelaki kerana kebanyakan lelaki sukakan wanita yang sentiasa bersyukur dengan apa sahaja yang mereka miliki.
Sabtu, 2 Januari 2010
~Hati~
bkn aku xbleh maafkan die...
tp ble terkenangkan apa yg dh terjadi...
ssh aku nk maafkan dia...
tp semua itu dh berlalu...
selama 3 bulan aku bermasam muka ngan dia...
ramai kwn2 tnya ble nk baik2 ngan si N...
aku wat x tahu saje...
seperti yg aku bagi tahu diatas...
ssh aku nk maafkan dia...
tp apa kn daya....
Allah penentu segalanya...
pada tanggal 27/12/2009...
aku berbaik semula dengan si N...
i2 pon kne mintak tlg ngan si P sbg org tgh.....
bkn aku xnk ckp sendiri tp perasaan malu menyelubungi diriku ini...
hehehehehehehe....
byk yg kami sembangkan...
walaupun cam ade xde kena mengena pon msk gak...
tp ms i2 gak luahan hati masing2...
huhuhu..
sekarang nie...
aku n si N dh bleh gurau senda cam dl lg..
cam ptg td....
aku main2 ngan die...
hehehehe...
kini genap 1 mggu aku berbaik ngan dia...
lega sgt....
cam 1 beban yg dh hilang....
~ thankz N terima aku seadanya~